FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
Monday, 26 September 2011 | Written by : Myself 6 comments


Pada suatu hari, terdapat seorang puteri yang duduk bersantai di bawah pokok sambil berbual-bual dengan rakan karibnya iaitu Si Arnab. "Apa yang perlu kita lakukan sekarang? saya sangat bosan!" arnab pun bersuara setelah sekian lama dia asyik makan lobak yang diberi oleh puteri."Sabarlah wahai arnab. Kita harus menunggu giliran untuk menggunakan kompter riba yang diberikan oleh ayahanda. Selepas itu barulah kita boleh berhibur dengan rakan-rakan bloggers." puteri menjawab dengan tenang. Tidak lama kemudian, puteri mengeluh "Mengapalah kakanda mengambil masa yang terlalu lama menggunakan komputer riba itu?". Si arnab juga mengeluh "Ialah, mengapalah ayahanda puteri tidak membeli setiap satu seorang komputer riba itu? Mengapa perlu berkongsi dengan kakanda puteri yang 9 orang semuanya sekali?". Puteri hanya diam dan bersabar menunggu gilirannya.

Beberapa jam kemudian tibalah giliran puteri untuk menggunakan komputer riba itu."Wahh! followers puteri sudah ramai iaitu 1 000 000 orang kesemuanya! Sungguh tidakku sangka baru sahaja seminggu puteri menggunakan blog ini sudah sebegini ramainya." Si arnab pula berkata "puteri jangan terlalu gembira dulu, masih ada pesaing yang sama hebatnya dengan puteri." Puteri pada mulanya tidak mempedulikan si arnab dan setelah difikir-fikirkan baik dia bersaing dengan orang yang hebat seperti dia juga itu."Siapakah orang itu?" puteri bertanya. "Puan Kutu. blognya sama hebatnya dengan puteri. Cuba puteri tengok ini. Dia juga berbakat seperti puteri iaitu pandai melukis doodle yang sangat comel. Dia juga memiliki 1 000 000 followers sama seperti puteri." Puteri berfikir dan mendapat idea untuk bersaing dengan Puan Kutu.

Puteri berbual-bual dengan Puan Kutu melalui shoutbox. Puteri bercadang supaya mereka bersaing dan siapakah paling cepat mencapai followers sehingga 2 000 000. Puteri juga bercadang tarikh tutup bagi persaingan ini sehingga 5 May 1234 . Puan Kutu setuju dengan cabaran itu. Mereka berdua bertungkus-lumus bagi mempromosikan blog mereka kepada bloggers-bloggers yang lain.

Akhirnya tibalah hari penutupan persaingan mereka . Puteri merasa puas kerana followersnya mencapai tahap 2 000 000. Puteri juga berdebar apabila melihat blog Puan Kutu. Puteri memejam mata dan berdoa apabila hendak melihat blog Puan Kutu tersebut. Apabila matanya dibuka, puteri rebah. Setelah beberapa minit Puteri mulai sedar dan kembali ke komputer ribanya semula. Setelah membuka laman yang dikehendaki Puteri rebah semula ke lantai. Ayahandanya mulai risau dan menyuruh hambanya membeli komputer riba 9 untuk kesemua anakandanya. Setelah Puteri sedar, ayahandanya menunjukkan komputer riba yang berwarna merah jambu kepada puteri. Puteri sungguh teruja dan melihat kakandanya yang lain juga sedang asyik melayari internet dengan komputer riba masing-masing.

Sebelum beradu, puteri sekali lagi melihat laman yang dibukanya siang tadi kerana rebah. Setelah dibuka, arnab juga melihat rupa-rupanya Puteri rebah kerana followers Puan Kutu juga sama dengan puteri iaitu 2 000 000. Puteri melihat Puan Kutu singgah di shoutbox milik puteri "Puteri, jumlah followers kita tetap sama. Jadi, tiada siapa yang menang mahupun kalah. Ini bermakna kita tidak boleh bersaing semata-mata kerana ingin menunjuk hebat. Kita kena hormat akan kelebihan orang lain. Saya ingin meminta maaf akan kesalahan saya selama ini yaa. Puteri sungguh terharu dan membalas "Ya, betul itu. Saya juga ingin meminta maaf akan kesalahan saya selama ini." Puteri mengesat air matanya dan tersenyum sendiri.

-TAMAT-

p/s : macam panjang sangat je?? --' sorry yaa . terima kasih sebab membaca.

“Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net


Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)