FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Abah Hero!
Wednesday, 20 June 2012 | Written by : Myself 0 comments

Dulu- dulu aku suka duduk dekat kerusi ni dengan abah. Selesa sangat. Kerusi ni digelarkan 'kerusi malas'. Entah kenapalah nama dia macam tu. Mungkin bila kita duduk jadi malas dan taknak bangun- bangun. Kerusi ni hilang entah kemana. Sewaktu kami pindah rumah, kerusi ni aku tak tau dekat mana. Mungkin dah buang. Sayangnya..



Bila abah nak jalan dekat kerusi tu, aku mengintai dulu. Konon nak tengok mana abah pergi. Tapi waktu tu tak pegang buku rasanya. Mungkin tengok 'tv'. Abah pun perlahan- lahan jalan.


Bila abah dah mula duduk. Aku 'Zazssss' dengan sepantasnya berlari dekat abah. Bila datang kat abah tak payah minta izin, terus duduk sahaja. Abah dah terbiasa dengan perangai aku. Abah baik, kuat bekerja untuk sara kami adik- beradik. Walaupun dah berumur, tapi masih kuat.

Kadang- kadang aku nakkan sesuatu, aku cuma tengok sahaja barang tu. Abah pun biasalah dah tau sangat dengan perangai aku, terus tanya "Nak ke?" Aku pun senyum lepastu angguk- angguk kepala. Lepastu kalau aku cuma duduk rileks je dekat rumah, mesti abah tanya "Cikgu tak bagi kerja rumah ke?" Aku pun terus lari ke bilik. Haha.

Begitu jelah cerita aku dan abah. Sebenarnya banyak, tapi dah penat menaip. Sekian entry hari ni. Selamat Hari Bapa untuk semua bapa dibumi mahupun Pluto. Assalamualaikum.



Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)