FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Al- Fatihah.
Thursday, 21 June 2012 | Written by : Myself 0 comments
Assalamualaikum. Ehem. Tadi dekat sekolah ustazah ada ingatkan kami supaya khusyuk dalam solat. Iyalah kita manusia, mesti sentiasa berfikir sahaja kan? Kadang- kadang ada yang pikir "lepas ni nak buat apa?" "eh cerita apa pulak tu? Macam best! *bunyi tv*". Jadi ustazah pesan kalau nak khusyuk dalam solat kena faham maksud ayat Al- Quran yang dibaca. Aku akan kongsikan dekat kauorang maksud ayat Al- Fatihah tersebut. Haraplah diamalkan. Sebenarnya aku baru sahaja nak hafal ni *tutup muka*

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)