FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



R.I.N.D.U mereka.
Friday, 1 June 2012 | Written by : Myself 0 comments
Wuuuwuu. Tadi aku tengok album aku yang lama-2 tu. Aku jumpa lah gambar aku time SkAG duluu. Haihh. Rindunya dekat cikgu, kawan-2, pakcik Guard, Makcik kantinnn. Wuuuu. Teringin nak nasi ayam Makcik kantin. Heeee. Teringin nak makan cekodok Makcik kantin. Cekodok? Hanya Aisyah je yang tauu :') Haha.

Teringat masa amek result UPSR. Semua berdebar-debar. Aku pulak asyik mengadu dekat Dayah "weh aku takut lahh!" Dayah pulak cakap "Takpe. Selawat banyak-2" Aku pun selawat banyak kali sampai mengalir air mata. Haih. Time tu jugak kita nak mengada-ngada kan? Hikhik. Thanks to Dayah :)

Waktu kat kantin pulak aku dengan Gang aku *ceh!* dah ada meja sendiri xD HAHAHA. Time tu seniorlah katakan. Sampai sampai kantin jee meja kitorang kosong. Maybe dorang tau ni meja kitorang selalu duduk. Tapi kitorang bukan jahaaat. Jangan salah sangka yooo. Hikhik. Dulu kat kantin, Nasi ayam hanya jual hari jumaat je. Hari jumaat tu jugak aku bawak duit lebih semata-mata nak makan nasi ayam. Haha. Dulu lepas makan nasi je, aku selalu ajak Aisyah pergi beli cekodok. Heeee. Dia pun tau aku suka cekodok Makcik tu :') Ingat lagi rasaa cekodok tu. Fuhh.

Bila habis waktu rehat je. Aku dengan Aisyah akan berlumba masuk kelas. Letih kot naik tangga. Masuk kelas, macam-2 jadi. Sorok botol airlah apelah. Hahaha. Memang seronok! Kat kelas rasanya kitorang paling takut dengan cikgu Khairul Azri. Hikhik. Walaupun dia tegas, tapi dia suka buat lawak. Selalunya cikgu akan kenakan Hafizi je. Hafizi pun samaaa kenakan cikgu.

Dulu, time periksa kami suka tengok kiri dan kanan. Bukan meniru tapi bertanya jee :p Haha. Hmm. Dulu aku tak kesah sangat pasal periksa. Tak baca buku pun rasanya. Buat rileks sahaja. Cool macam tade pape. Tapi, bila dapat keputusan, hati bagai tercucuk-cucuk! Hahaha! Sebab jelous dengan kawan yang lain yang lagi terel! Huh! Apedehal. Ujian jee *dalam otak*

Waktu balik pulak. Kami akan bersepah dekat pintu pagar sekolah sementara tunggu bas Cikmed datang. Hohoho. Kejar sana kejar sini. Ada pulak van/bas yang jual jajann. Memang semua berkumpul. Bila bas cikmed datang semua berebut masuk bas. CikMed dengan hilang sabarnya, bawak rotan sekali. Tapi tak pukul pun. CikMed baik. Just untuk ugut kami jee XD Hikhik.

Kat sekolah dulu aku sebenarnya pengawas pusat sumber ^_^ Kerja pengawas Pss ni, kadang-2 best kadang-2 tak jugak. Yang bestnya boleh ponteng kelas semata-mata sapu kat Pss, tolong cikgu proses buku, jaga kaunter. Haha. Macam mana aku jadi Pengawas pss? Hmm. time akhir tahun darjah 3, ade temuduga pengawa pss. Memang first bertemuduga semua nih. Kelas aku yang tercalon ialas Dayah, Helmi, aku, Ros. Wehh, rindu Ros! *tetiba*

Hmm. Dah penat menaip. Sampai disini sahaja entry saya. Byeee :)


Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)