FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Tukar, change, Tukar change.
Tuesday, 19 June 2012 | Written by : Myself 0 comments
Hanya bunyi kipas yang kedengaran didalam bilik aku ini. Sunyi sekali. Bosan. Tapi aku mendapat satu idea! Iaitu berhasrat menukar background blog aku yang agak berserabut sebelum ni. Maklumlah aku digelarkan budak tomato di Sekolah. Entah apa yang lawaknya pun aku tak tahu. Biasa, remajalah katakan.



Akhirnya inilah background yang telah aku siapkan. Cute tak? Hampir dua sehingga empat jam aku menyiapkan background ini termasuklah menunaikan solat, makan, baring sekejap. Agak lenguh jugak jari- jemari aku ni. Tapi bila dah siap, rasa sangat seronok dan puas hasil kerja aku sendiri. Alhamdulillah.

Alahai esok dah mula sekolah balik. Rasa malas sangat. Iyalah, tadi aku tak sekolah. Bukan 'ponteng', tapi melawat anak saudara aku di Hospital. Kesian dia, demam. Tapi Alhamdulillah sudah sihat kembali. Syukurlah. Aku rasa bersalah pulak tidak ke sekolah tadi sebab hari ni baru pertama kali aku tidak ke sekolah untuk tahun ni. Tahun depan aku PMR. Ujian pula dah nak dekat. Aku rasa ketinggalan sangat pelajaran hari ni. Aku harap kawan- kawan aku esok sudi ajar aku mengenai subjek hari ni.

Malam sudah larut. Aku dah sakit pinggang. Sekian entry hari ni. Assalamualaikum.

Ehem ehem. Hari ni aku nak belajar menggunakan Bahasa Malaysia yang penuh dan gramatis gitu. Harap kauorang yang baca tidak ketawa terkekek- kekek bila baca entry aku hari ni.



Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)