FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Dulu-dulu...... (Part 2)
Friday, 10 August 2012 | Written by : Myself 3 comments
Dulu-dulu masa aku umur 4 ke 5 tahun aku mana tau pasal nilai duit. Nilah aku nak cerita. Dulu-dulu dekat rumah lama aku iaitu di Taman Sri Serendah, aku jumpa duit dekat atas meja. Duit syiling je pun. Aku yang tak tau ni pergilah amik then ingat duit tu nilai dia lebih kurang macam seringgit. Padahal cuma 10 sen je. Hahaha dengan bangganya aku pergi kedai sorang-sorang. Bangga sebab apa? sebab boleh pergi kedai sorang-sorang tanpa orang dewasa.



Kedainya takdelah jauh sangat. Alah sekarang ni sebelah kedai tu adalah CC. Dulu kedai tu kepunyaan Pak cik apatah. Rasanya india. Tua dah. Sekarang tak taulah kedai tu ada lagi ke tak. Tak perasan pulak. Bila aku masuk kedai, aku terus amek Kopok yang aku suka. Banyak pulak tu. Dengan riangnya aku letak atas kaunter then hulurlah duit 10 sen tu. Makcik tu gelak tak henti- henti. Tiba-tiba makcik tu letak balik kopok aku tu dekat tempat asal. Aku pelik. Then makcik tu senyum then bagi lolipop je. Aku tak puas hati tapi tak kisahlah janji dia bagi lolipop. Duit 10 sen tu makcik kata simpanlah.

Bila teringat benda tu, aku tergelak. Terasa bodoh pulak diri ni. Tapi apakan daya masa tu aku budak lagi. Kihkihkih


Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)