FOLLOW Dashboard
About Tagboard Darlinks Credits



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Friday, 7 December 2012 | Written by : Myself 0 comments

Assalamualaikum warahmatullah..

Sejak kebelakangan ni aku rasa macam kesalahan aku besar sangat. Ya. walaupun kecil je sebenarnya. Tapi rasa bersalah tu macam aku buat kesalahan yang terbesar sampai tak boleh dimaafkan. entah. Dan rasa macam semakin banyak aku nak berubah jadi lebih baik, makin banyak halangan.. banyak dugaan. Aku juga rasa macam disisih walaupun dgn kawan sendiri. Rasa aku ni tak layak menjadi sebahagian dari mereka.Idk why Ya Allah..

Tiap2 hari aku berdoa supaya ditenangkan hati.. dipermudahkan segala urusan.. Ya. Allah dah makbulkan doa aku sebelum nak mengAminkan doa lagi iaitu ketenangan hati. betul kan? time kita berdoa dengan khusyuk, rasa tenang je hati ni. Doa aku yang lain tu mungkin Allah tak makbulkan secara terus sebab Allah nak aku usaha untuk capai impian aku tu. Yalah.. contohnya kita minta buah, Allah bagi kita galah.

Masalah? mesti ada antara manusia yang confuse kenapa kita kena ada masalah? Masalah membawa kemajuan! Contohnya zaman atok nenek moyang kita.. masalah dorang ialah pengangkutan atau pergerakan. Jadi dengan masalah tulah dorang cipta keratapi, sampan or else. Dengan itu ianya akan memudahkan orang lain. Sooooo, jangan rasa tertekan sangat bila ada masalah. Berdoalah supaya ditemukan jalan penyeselaiannya :)

Jadi.. aku redha dengan masalah aku.

Minta maaf kepada kawan2 or sesapa je yang mungkin baca entry ni.. kalau aku buat silap.. or sebelum ni banyak menyusahkan korang terutamanya kawan karib aku sendiri dan classmates aku.. Maaf sebab sebelum ni aku mungkin meggedik or keanak- anakan or mengada- ngada.. Maaf aku mungkin terlebih emotional.. Maaf aku mungkin terlepas cakap sampai tak perasan aku dah lukakan perasaan sesiapa.. Maaf mungkin sebelum ni aku ada berjanji tapi tak ditepati.. Maaf kalau bagi korang aku ni suka cari perhatian.. Minta maaf atas semuanya  Halalkan segala makan dan minum.. Assalamualaikum.

Ya Allah..

Okaylah. Semoga dirahmati Allah semua.. Assalamualaikun bye xoxo


Older Post | Newer Post
Hello.
Gotcha!

Hello all. I'm Eda. Thanks you for coming here :)